Monday, December 14, 2009

sebuah kenangan sehari sebelum aidil fitri ( 1 syawal 1430 )




Potret sebuah keluarga


Selamat datang syawal dan selamat datang kepada ahli keluarga baru
Muhd Hafiz bin Haseng.
Bersamalah kita meraikan ketibaan hari raya ini dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah mempertemukan kita dalam satu keluarga.
Bersamalah kita harungi sebuah perjalanan kehidupan berkeluarga yang penuh dengan segala peristiwa pahit dan manis dan bersamalah kita meneroka dan mempelajari segala kebaikan dan pengajaran seiring dengan perubahan masa dan peningkatan usia.
Yang pastinya insyaAllah kita lalui dengan penuh rasa kesyukuran dan kasih sayang.

Saturday, December 12, 2009

Bermulanya sebuah keluarga


Assalamualaikum semua,

Blog ini dikhususkan untuk mencatat serba sedikit perkembangan dan peristiwa yang berlaku dalam keluarga saya. Terlebih dahulu saya melafazkan syukur kehadrad Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya maka saya masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini.

Blog ini diwujudkan atas permintaan isteri saya dan kesedaran saya sendiri untuk membuat catatan tentang perkembangan yang berlaku dalam keluarga saya.
Gambar di atas menunjukkan semua ahli keluarga saya pada hari raya aidil fitri yang pertama. Inilah kali pertama kali kami semua dapat berkumpul dan bergambar dengan pakaian yang sedondon. Pakaian ini dihasilkan semasa majlis perkahwinan adik saya pada bulan jun 2009 yang lalu.