Tuesday, February 9, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 10 (abah dan umi)


Tanggal 7 Februari 2010 (2000 - 2010)

Buat isteriku yang amat ku kasihi Siti Mahaya Ahmad.

Pada tarikh 7 februari 2010 genaplah hari ulangtahun perkahwinan kita buat kali yang ke 10.

Sungguh cepat masa berlalu, seakan baru semalam kita bernikah ( 7 februari 2000).

Jika dinilai atas semua pencapaian yang sudah kita peroleh dalam tempoh 10 tahun yang lalu , maka dapatlah dibuat kesimpulan yang kehidupan berkeluarga yang telah kita jalani dengan penuh rasa kasih sayang, tanggungjawab dan kemesraan yang secara sedar kita lakukan telah membuahkan sebuah kebahagiaan yang amat indah untuk dirasai dan dihayati.

Terima kasih kerana telah banyak membantu abah dalam menulis semula skrip kehidupan berkeluarga menurut pertimbangan dan acuan kita sendiri. Berkat kesabaran dan kebahagian yang kita kecapi, hari ini kita telah dianugerahkan 3 orang putera yang comel-comel dan cerdik iaitu adel wafi, ahmad izzat azraie dan afif wajdi. Dan berkat kesabaran, sifat penyayang dan keterbukaan maka kita telah mendapat seorang lagi putera yang didatangkan kepada kita untuk kita kasihi hasil dari limpahan kasih sayang kepada 3 orang putera yang sedia ada iaitu muhd hafiz.

10 tahun sebenarnya bukanlah suatu tempoh masa yang singkat. Kesabaran kita menghadapi segala ujian, suka dan duka hidup bersama telah membuahkan hasil.

Hari ini jika kita melihat kebelakang maka apa yang kita dapat lihat ialah suatu pencapaian yang hebat iaitu

1.kita mempunyai kedua-dua orang ibu bapa yang amat menyayangi kita dan anak-anak kita, saling mengambil berat dan menjaga kebajikan,

2.anak-anak yang mahir berkomunikasi secara terbuka dan bersahaja, mudah bergaul dengan ahli keluarga, kawan-kawan, jiran dan anggota masyarakat yang lain.

3.Kita juga telah menghasilkan penanda aras yang baru yang menjadi contoh dan ikutan ahli-ahli keluarga terdekat, bermula dengan panggilan “umi” dan “abah” sebagai menggantikan “emak” dan “ayah”,

4.mendidik dan membesarkan anak-anak dengan cara kita sendiri setelah membuat pertimbangan yang mendalam antaranya tidak membesarkan anak-anak dalam buaian sampai mereka besar.

5.Mengajar dan membiasakan anak-anak untuk berkomunikasi secara terbuka dan jelas tanpa rasa takut untuk membuat kesalahan dan menegur secara terus jika ada perkara yang mereka perkatakan tidak betul pada pandangan kita.

6.Melakukan banyak perkara penting secara bersama-sama seisi keluarga seperti bercuti keluar negara (Oman dan Mesir dan Indonesia), menghadiri majlis-majlis kekeluargaan secara bersama-sama (menziarahi orang sakit, menghadiri kenduri, kematian dan sebagainya),

7.kita juga membiasakan diri untuk tidak memarahi sesama sendiri jika melakukan kesalahan.

Insyaallah suatu hari nanti anak-anak kita akan mengenang kita sambil tersenyum dan berkata kami telah mendapat ibubapa yang terbaik dalam hidup kami dan kami mahu meneruskan tradisi yang indah ini.

Semuanya bertitik tolak atas kefahaman yang jelas terhadap tugas dan tanggungjawab demi untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Atas kebaikan yang tidak terhitung dan kasih sayang yang amat mendalam dan tidak dapat diukur dan dibalas, abah ucapkan selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10 .
abah menyayangi umi sepenuh hati.

No comments:

Post a Comment